I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 18 October 2011

KERJAYA SEBAGAI AKAUNTAN


Akauntan .


Perakaunan masih merupakan satu bidangpenting tetapi masih kurang penglibatan khususnya di kalangan bumiputera.
Kerjaya yang melibatkan seseorang itu dengan angka dan pengiraan mungkin merupakan faktor utama pelajar 
kurang berminat menceburi bidang ini.







Perkembangan pesat sektor ekonomi dan perdagangan negara sejak kebelakangan ini membuka ruang yang cukup luas kepada lulusan di bidang ini. Perkembangan teknologi maklumat meningkatkan lagi peranan bidang ini dan segi  pengurusan dan pengkomputeran sesebuah organisasi.

Program sarjana muda perakaunan yang ditawarka oleh universiti/instjtusi pengajian tinggi (IPT) tempatan bertujuan mengembangkan ilmu perakaunan di peringkat tinggi kepada pelajar. Di samping bertujuan menyedarkan masyarakat umum tentang peranan, 
sumbangan dan dunia perakaunan melalui penyelidikan sistem-sistem perakaunan yang sedia ada. Dengan adanya program ini 
universiti/IPT berupaya mengeluarkan siswazah-siswazah bertaraf profesional di bidang perakaunan sejajar dengan keperluan negara.

Kursus-kursus dan program perakaunan telah distruktur­kan untuk membentuk kebolehan pelajar menjadi pengurus maklumat, pembuat keputusan serta menjadi perancang dan pengawal aspek-aspek kewangan organisasi supaya dapat membentuk sikap profesional dalam kerjaya mereka, sama ada sebagai akauntan awam atau sebagai akauntan yang berkhidmat di organisasi awam atau swasta.

Antara kursus yang diajar semasa pengajian termasuklah perakaunan kewangan, perakaunan kos, undang-undang komisen, percukaian, perakaunan untuk pengurusan, undang­-undang perniagaan, prinsip perakaunan perniagaan, analisis penyata kewangan, pengauditan, sistem perakaunan, kawalan perakaunan sektor awam dan sistem maklumat perakaunan.

Lulusan yang mengikuti program ini seharusnya ber­keupayaan memulakan kerja sebagai akauntan, juruaudit, menjawat jawatan di peringkat pengurusan pertengahan atau guru perakaunan, eksekutif kewangan dan pengurus. Malah, peluang pekerjaan di bidang ini banyak terdapat di sektor awam dan swasta termasuk bank, institusi kewangan dan firma akauntan, di bidang pendidikan, pembangunan har­tanah dan dunia pelaburan.
  
Bagi yang berminat dengan kerjaya Akauntan Awam Bertauliah (CPA), mereka yang memiliki Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Perakaunan perlu mengikuti latihan dan peperiksaan profesional anjuran Persatuan Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MACPA). CPA diiktiraf sebagai satu kerjaya yang tinggi tarafnya dan amat diperlukan dalam sesebuah organisasi sektor awam atau swasta.

No comments:

Post a Comment