I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 18 October 2011

KERJAYA SEBAGAI PEGUAM

Apabila bercakap tentang kerjaya sebagai peguam,adalah normal dalam kalangan masyarakat Melayu untuk memberikan label bakal ahli neraka kepada peguam.Hujah yang selalu digunakan adalah peguam membela orang yang bersalah. Ia bukan perkara baru, sudah lama kebodohan ini berlangsung dalam masyarakat Melayu.


Ini bukanlah kali pertama penulis menulis mengenai perkara ini. Sebelum ini penulis pernah menulis di sini: [Guaman, Kerjaya Yang Disalah Fahami]

Tujuan tulisan ini adalah untuk berkongsi kisah yang terjadi di zaman sahabat Rasulullah. Dalam kisah ini, terdapat pengajaran yang boleh kita ambil berkenaan dengan tugas seorang peguam.  Berikut adalah dua kisah yang penulis petik dari buku Administration of Islamic Law in Malaysia: Text and Material (Lexis Nexis).

“Di zaman Sayyidina Ali, seorang lelaki telah dibawa ke hadapannya. Beliau telah ditangkap oleh sekumpulan orang-orang di dalam sebuah bangunan dan di tangannya adalah pisau yang diliputi dengan darah. Dekat dengan dia adalah mayat seorang lelaki yang kelihatan telah ditikam dan dipenuhi dengan darah. Sayyidina Ali menyoal lelaki itu dan dia mengakui bahawa dia yang membunuh lelaki ini. Saiyyidina Ali menjatuhkan hukuman mati terhadap lelaki itu tetapi apabila hukuman itu hendak dijalankan, datang seorang lelaki lain ke depan dan berkata ‘Jangan membunuhnya. Sebenarnya saya yang membunuh orang ini’.
Apabila mendengarnya Saiyyidina Ali bertanya kepada lelaki pertama dan bertanya kepadanya apa yang membuat dia mengaku kepada jenayah itu. Lelaki itu berkata, ‘Saya tidak boleh mengatakan bahawa saya tidak membunuh lelaki itu kerana pasti saya tidak akan dipercayai. Saya berada di tempat kejadian dan di tangan saya pisau yang dipenuhi dengan darah. Jika saya menafikan tuduhan itu, saya pasti tidak akan dipercayai jadi saya memutuskan untuk meninggalkan perkara itu kepada Allah ‘. Sayyidina Ali bertanya kepada lelaki itu untuk mengaitkan apa yang berlaku. Beliau berkata, ‘Saya bekerja sebagai penjual daging dan sedang menyembelih lembu. Selepas itu, saya merasakan mahu membuang air dan keluar untuk menunaikan hajat. Saya kemudian melihat mayat seorang lelaki yang diliputi dengan darah. Saya terpegun dan berdiri dengan pisau berdarah di tangan saya. Apabila orang ramai datang, mereka menangkap saya dan menuduh saya membunuh lelaki itu, saya tidak dapat membawa sesiapa pun untuk menyokong saya jadi saya memutuskan untuk mengatakan saya membunuh lelaki itu, walaupun saya tidak berbuat demikian ‘.
Sayyidina Ali kemudiannya bertanya kepada lelaki kedua dan dia berkata dia telah membunuh seorang lelaki kerana tamak akan wang. Apabila dia mendengar orang datang, dia melarikan diri dan menyembunyikan dirinya. Dia melihat apa yang berlaku apabila orang ramai datang dan lelaki pertama telah ditangkap dan mengakui bahawa dia telah membunuh lelaki ini. Sayyidina Ali kemudian bertanya anaknya, Sayyidina Hassan, mengenai perkara itu, Sayyidina Hassan berkata kedua-dua perlu dibebaskan, yang pertama kerana jelas beliau tidak membunuh lelaki itu, dan kedua walaupun dia telah membunuh seorang lelaki beliau juga menjaga keselamatan hidup seorang lelaki. Beliau memetik Al-Quran yang bermaksud: dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya’(Surah Al-Maidah 5:32), Sayyidina Ali bersetuju dan dia membebaskan kedua-dua lelaki dan mengarahkan pampasan bagi kematian dibayar dari Bait al-Mal. “

KERJAYA SEBAGAI JURUTERA



KERJAYA jurutera penting dan besar kepada kemajuan negara. Tanpa jurutera, siapakah yang akan merancang dan mereka bentuk projek-projek seperti pengairan, jalan raya, jambatan, perlombongan, jana kuasa dan kilang?
Malah tugas mereka meliputi kajian dan pembangunan, pembinaan, penyenggaraan dan pengawalan, pengeluaran, perundingan, pengurusan serta latihan.
Apa itu kejuruteraan? Kejuruteraan secara umumnya ialah penggunaan pengetahuan sains dan matematik untuk menyelesaikan masalah-masalah praktikal.
Pengetahuan itu digabungkan dengan pengalaman yang dipraktikkan sebaik-baiknya menggunakan bahan dan sumber semula jadi.
Jurutera ialah individu yang terlatih dalam mereka, membuat dan menggunakan (menjaga) jentera atau terlatih dalam mana-mana cabang kejuruteraan seperti jurutera awam, elektrik dan kapal terbang.
Mereka perlu menitikberatkan inovasi mengenai komposisi sesuatu produk dan struktur, mengubah idea-idea baru kepada realiti, menyelesaikan masalah-masalah kemahuan dan kehendak manusia, memperbaiki kaedah-kaedah sedia ada dan merintis kaedah baru dengan menekankan pengetahuan saintifik, kebolehan dan kepandaian yang kreatif.
Pelbagai pengkhususan di bidang kejuruteraan ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara.
Di antara pengkhususan itu ialah kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia, proses, sumber asli, mekanikal, bahan, komputer, kaji terbang, pembuatan, telekomunikasi dan pertanian.
Perkembangan semasa di Malaysia mendorong permintaan yang tinggi terhadap profesion ini.
Setiap hari, pasti ada syarikat mengiklankan jawatan kosong sebagai jurutera di akhbar-akhbar tempatan.
Walaupun kerjaya ini mencabar, ia mampu memberi kepuasan kepada mereka. Tambahan pula gaji dan imbuhannya lumayan sekali gus mampu menarik minat pelajar untuk menceburi kerjaya ini.

KERJAYA SEBAGAI AKAUNTAN


Akauntan .


Perakaunan masih merupakan satu bidangpenting tetapi masih kurang penglibatan khususnya di kalangan bumiputera.
Kerjaya yang melibatkan seseorang itu dengan angka dan pengiraan mungkin merupakan faktor utama pelajar 
kurang berminat menceburi bidang ini.







Perkembangan pesat sektor ekonomi dan perdagangan negara sejak kebelakangan ini membuka ruang yang cukup luas kepada lulusan di bidang ini. Perkembangan teknologi maklumat meningkatkan lagi peranan bidang ini dan segi  pengurusan dan pengkomputeran sesebuah organisasi.

Program sarjana muda perakaunan yang ditawarka oleh universiti/instjtusi pengajian tinggi (IPT) tempatan bertujuan mengembangkan ilmu perakaunan di peringkat tinggi kepada pelajar. Di samping bertujuan menyedarkan masyarakat umum tentang peranan, 
sumbangan dan dunia perakaunan melalui penyelidikan sistem-sistem perakaunan yang sedia ada. Dengan adanya program ini 
universiti/IPT berupaya mengeluarkan siswazah-siswazah bertaraf profesional di bidang perakaunan sejajar dengan keperluan negara.

Kursus-kursus dan program perakaunan telah distruktur­kan untuk membentuk kebolehan pelajar menjadi pengurus maklumat, pembuat keputusan serta menjadi perancang dan pengawal aspek-aspek kewangan organisasi supaya dapat membentuk sikap profesional dalam kerjaya mereka, sama ada sebagai akauntan awam atau sebagai akauntan yang berkhidmat di organisasi awam atau swasta.

Antara kursus yang diajar semasa pengajian termasuklah perakaunan kewangan, perakaunan kos, undang-undang komisen, percukaian, perakaunan untuk pengurusan, undang­-undang perniagaan, prinsip perakaunan perniagaan, analisis penyata kewangan, pengauditan, sistem perakaunan, kawalan perakaunan sektor awam dan sistem maklumat perakaunan.

Lulusan yang mengikuti program ini seharusnya ber­keupayaan memulakan kerja sebagai akauntan, juruaudit, menjawat jawatan di peringkat pengurusan pertengahan atau guru perakaunan, eksekutif kewangan dan pengurus. Malah, peluang pekerjaan di bidang ini banyak terdapat di sektor awam dan swasta termasuk bank, institusi kewangan dan firma akauntan, di bidang pendidikan, pembangunan har­tanah dan dunia pelaburan.
  
Bagi yang berminat dengan kerjaya Akauntan Awam Bertauliah (CPA), mereka yang memiliki Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Perakaunan perlu mengikuti latihan dan peperiksaan profesional anjuran Persatuan Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MACPA). CPA diiktiraf sebagai satu kerjaya yang tinggi tarafnya dan amat diperlukan dalam sesebuah organisasi sektor awam atau swasta.

KERJAYA SEBAGAI ARKITEK


Seluruh dunia sudah sedia maklum bahawa matematik sememangnya memainkan peranan penting dalam bidang senibina sejak dahulu lagi. Sebagai contoh, kehebatan dan pencapaian mengagumkan ilmuwan Islam dalam pembinaan Istana al-Hamra'/al-Hambra dan Taj Mahal. Senibina merupakan satu bidang yang menyatukan bidang seni, bidang matematik dan bidang sains. Pekerja di bidang ini yang dikenali sebagai arkitek bertanggungjawab di dalam mereka bentuk bangunan, susunan kawasan Bandar dan luar Bandar, merancang kemudahan asas dan menganggar kos projek.
 
Taj Mahal dan Istana al-Hamra'/al-Hambra
Di antara bidang tugas yang dijalankan oleh pekerja di bidang ini ialah:
· Mengenalpasti keperluan-keperluan pelanggan seperti peruntukan projek, kegunaan bangunan dan bila bangunan hendak digunakan.
 · Menyedia pelan atur dan menentukan cirri-ciri senibina luar, memilih bahan-bahan dan menyediakan pelan hiasan.
 · Menyelaras rekabentuk struktur, mekanik dan elektrik.
 · Menyedia pelan-pelan dan spesifikasi untuk kontraktor dan memastikan bahawa rekabentuk mematuhi undang - undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta mendapatkan kelulusan rekabentuk dan pembinaan dari PBT.
 · Memastikan bangunan yang dibina mengikut spesifikasi, kemajuan kerja mengikut jadual dan perbelanjaan projek tidak melebihi peruntukan.
 · Memastikan bangunan yang dibina mendapat kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, telefon dan sebagainya. 

KERJAYA SEBAGAI DOKTOR


Doktor pelatih kena bijak urus beban kerja.


Pengurangan waktu kerja doktor pelatih selaras amalan negara maju. 

DOKTOR dalam bahasa Perancis Lama dieja ‘doctour' yang membawa maksud paderi atau mengikut bahasa Latin Zaman Pertengahan bermaksud guru agama atau penasihat. 

Selepas melalui proses asimilasi bahasa selama beberapa ratus tahun, terutama selepas rantau Eropah bebas daripada Zaman Kegelapan dan menerima pengaruh Islam, manakala dunia perubatan terus berkembang hasil kehebatan tokoh Islam Ibnu Sina, perkataan doktor akhirnya diguna pakai dan difahami sebagai orang yang mengubat penyakit atau penyembuh sampai hari ini.


Kerjaya doktor pula dianggap sebagai pekerjaan murni kerana dilihat sebagai perantara antara hidup dan mati. Malah, dalam Islam kerjaya doktor dikelaskan sebagai fardu kifayah. contohgambar pembedahan;

KERJAYA SEBAGAI POLIS

Polis berkas Geng Buyat



MOHD. KAMAL (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian barang curi yang dirampas daripada dua lelaki pada sidang akhbar di Pasir Puteh, Kelantan semalam.




PASIR PUTEH – Tanda tanya penduduk di tiga buah kawasan yang sering kehilangan harta benda akibat kejadian pecah rumah dan curi motosikal terjawab apabila polis memberkas dua daripada tiga ahli Geng Buyat baru-baru ini.
Ketiga-tiga suspek berusia di antara 16 dan 36 tahun itu diberkas pada 9 Oktober lalu secara berasingan di rumah masing-masing selepas polis menjalankan siasatan dan risikan.
Difahamkan, Geng Buyat yang bergiat aktif sejak tiga bulan lalu menyasarkan rumah dan motosikal penduduk di sekitar Kampung Saring, Kampung Kelubi dan Taman Perumahan Jannati, dekat sini untuk diceroboh dan dicuri. Nama Buyat diambil sempena panggilan salah seorang suspek.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Supritendan Mohd. Kamal Zainal berkata, polis menemui barang curi bernilai RM50,000 sebaik menahan dua suspek berusia 16 dan 36 tahun pada pukul 4.30 pagi di Kampung Padang Siam dan Kampung Kelubi di sini.
Katanya, suspek berusia 16 tahun itu tidak lagi bersekolah manakala seorang rakan mereka berusia 20 tahun dari Kampung Kelubi dapat melarikan diri.
“Polis yakin dapat menyelesaikan lapan kes pecah rumah dan curi motosikal dengan tangkapan tersebut. Seorang rakan mereka yang terlepas akan dapat diberkas tidak lama lagi kerana kita mempunyai segala maklumat mengenainya,” katanya.